Kawan rumah aku akan pulang ke kampung halamannya khamis ini.Katanya dia nak tenangkan fikiran,study dan sebagainya kat rumah dia. Walaupun terasa berat hati untuk membenarkan dia pulang,tapi apakan daya,kepulangan dia ke kampung halaman adalah untuk tenangkan fikiran dia.
Nampaknya selama seminggu ini aku akan keseorangan dirumah. Tiada orang yang akan boleh diajak berbicara.Walaupun terdapat 2 orang lagi yang tinggal disini tetapi selalunya mereka akan membuat kerja masing2 dan jarang bertegur sapa.Nak dikata salah aku,tak juga mungkin kerana ade sesetengahnya yang sombong.
Dikala hari peperiksaan semakin menjelang,byk pelajar2 yang sudah habis pelajaran ingin pulang ke kampung mengulangkaji dan menenangkan fikiran disamping memohon restu dari kedua ibu bapa. Walaupun terasa dihati ini ingin pulang ke rumah,tetapi, masih ada kerja yang perlu di selesaikan.Masih byk perkara lagi yang perlu dipelajari.
Aku hanya mempunyai baki lebih kurang 20 hari lagi sebelum menjelang peperisaan akhir.Sudah beberapa aku tidur lewat untuk mengulangkaji dari awal. Sekarang,badanku terasa letih,lesu dan kepala kadang kala pening memikirkan perkara2 yang tak sepatutnya aku pikir.Pelajaran,sukan,program,hal2 lain sudah terlalu byk beban yang dipikul oleh kepalaku.
Terasa ingin benar untuk berehat dan bersantai.Mendapat rehat yang cukup dan tiada gangguan.
Walaupun badanku sudah mula terasa penat,tapi aku akan berazam untuk melakukan yang terbaik untuk peperiksaan kali ini."DUNIA TUNGGU AKU"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment